28 Januari 2013



MEMORY TOKYO 2013

Assalamualaikum, Alhamdulillah aku dah selamat pergi dan balik ke Tokyo. Pengalaman kali ke dua ini agak menarik kerana banyak tempat boleh dilawati. Kali ini aku pergi bersama isteri dan anak bongsu. Insyaalah dalam catatan nanti aku akan ceritakan pengalaman kami yang boleh dikongsi bersama untuk lawatan ke Jepun.

21 Januari 2013






Duit Yen pun dah aku tukar di area Bukit Bintang. Currency pun agak bagus kali ni kerana Yen Jepun jatuh sikit. 100 Yen bersamaan dengan RM 3.47. Aku berkerata jer dari Terengganu bersama keluarga dan bermalam di Smart Hotel Bangi.

22 Januari 2013 

Pagi ni cukup gelabah sikit kerana aku tertinggal talipinggang kat umah dan terpaksa beli kat Mydin Putrajaya kerana market ni yang paling awal bukak, dalam pada tu tayar keta plak pancit.. adusshhh... apapun semuanya telah diurus dengan baik. Kami dalam perjalanan selepas check-out hotel ke Putrajaya untuk tumpang parking kereta kat rumah kawan. Setelah tu dia tolong hantar ke Putrajaya Central untuk ke LCCT. Kat sini kena beli tiket train dan tiket bas siap-siap untuk trip Salak Tinggi ke LCCT.  (Gambar : Tengah menunggu KLIA Transit ke Salak Tinggi).
Menunggu panggilan selepas boarding. Lama gak menunggu. Kira habis kedai lah round kat dalam tu. Apapun sempat lagi shopping sket-sket bekalan makanan kat dalam tu, manalah tahu kot terlapar awal. (Gambar : wife dan anak bongsu aku.. boring la tu... hehehehe).



Perjalanan memedihkan, dah la 7 jam lebih, nak tidur tak lena. Apa lagi kerja melantak jer la. Tiap kali cewek berbaju merah lalu mesti panggil dan order makanan. Mahal la sikit tapi dah lapar nak wat camner.. Apa lagi main game kat telefon la jawabnyer, sampai berpuluh-puluh kali menang dah. (Gambar : dalam flight LCCT ke Haneda).

Setelah sampai di Haneda International Airport, member aku dah contact adik kawannya dan beliau mencadangkan untuk ke Shinjuku dahulu bermalam sebelum ke Korakuen keesokannya. Dia cadangkan naik bas. Cuaca sejuk dah mula terasa dan semua orang pakat cari baju sejuk. Sampai je kat Shinjuku kami ke Kadoya Hotel tapi adoyaiiii... mahalnya, dalam RM 600 lebih satu malam. Aku booking kat Toyoko Inn pun RM 600 lebih dah dua malam. Bayar pun bayar dah, tidur je la. (Gambar : Shinjuku Station).


 23 Januari 2013 


Pagi-pagi lagi check-out hotel untuk ke Korakuen. Dah la mahal, breakfast takdak plak tu. (Gambar : di hadapan Hotel Kadoya Shinjuku).
Dalam perjalanan dari hotel ke Shinjuku Station. Dekat jer, dalam 300 meter jalan kaki. (Gambar : hadapan kedai buku dan snek).

Sebelum sampai ke Korakuen kami kena tukar train kat Yotsuya Station dulu. dan apabila sampai kami check-in dan buat bayaran dulu. Bagaimanapun kat Jepun bilik boleh masuk pukul empat petang waktu sana. Apa lagi, letak barang dulu lah dan terus keluar jalan-jalan. Oleh kerana hotel kami duduk tu berdekatan Tokyo Dome, kami ronda-ronda situ lah dulu. (Gambar : berdekatan Tokyo Dome).

Lepak kat Tokyo Dome. Setelah tu ke Suidobashi Station untuk ke Kinshico Station untuk membeli sedikit bekalan makanan. Kat station ni ada jual berbagai-bagai makan laut seperti udang goreng dan ikan bakar. Kami beli bilis dan udang goreng sahaja. Selepas tu kami pergi ke Arcakid untuk shopping barangan 100 Yen kat Daiso Market. (Gambar : Laman Tokyo Dome City Hall).
Dalam perjalanan balik dari Kinshico Station kami singgah di Akihabara Station untuk window shopping barangan elektronik. Bandar elektrik dan elektronik ni sangat besar dan kami bercadang nak beli secondhand camera tapi harganya tidak berapa menarik, batal sajalah niat tu. (Gambar : berdekatan Akihabara Station).



24 Januari 2013 


Bertolak dari hotel ke Kasuga Station seterusnya ke Ueno-Okachimachi Station untuk shopping kat Ameyoko Market. (Gambar : di hadapan tangga turun ke Kasuga Subway Station).
Ameyoko Market adalah tempat yang tidak boleh dilupakan bila melawat Tokyo, deretan kedai sepanjang hampir dua kilometer dengan berbagai-bagai barangan seperti pakaian, beg, kasut, jam, pasar basah dan lain-lain. (Gambar : sebelah kedai jam.. 1000 Yen jer..).
Tak tahu nak beli apa dah, rambang mata. Pada musim ni baju yang dijual kebanyakkannya bersesuaian dengan musim sejuk jer. (Gambar : Ameyoko Street).
Ameyoko Market memang sibuk, kebanyakkan penduduk tempatan pun shopping kat sini untuk membeli barangan dapur seperti bawang dan ikan. (Gambar : di hadapan pintu gerbang Ameyoko Street).
Lepak dan makan-makan kat kedai kebab serta nasi ayam, makanan halal dan sedap. Paling sedap Doner Kebab. Tak la mahal sangat. (Gambar : hadapan kedai Nasi Ayam dan Kebab di Ameyoko).
Pekerja kedai kebab, muslim dan sangat ramah. Paling best beliau boleh bercakap bahasa melayu. Boleh la sembang-sembang sikit serta tanya apa yang patut. (Gambar : dihadapan kedai kebab di Ameyoko).



Pada sebelah malam, lepak-lepak kat Tokyo Dome. Kat sini amat menarik pada sebelah malam dan di sebelah nya terdapat Taman permainan seperti roller coaster dan bermacam-macam lagi. (Gambar : di hadapan Tokyo Dome).

Masih terdapat lagi salji yang belum cair, dapat jugak possing dan pegang-pegangnya. (Gambar : Tokyo Dome City Hall)

Selepas tu bergerak ke kedai 100 Yen, kedai ni banyak gak barang-barang dan harganya semua 105 Yen. (Gambar : dihadapan 100 Yen Shop, Kasuga).

25 Januari 2013 

Berada di Lobby Toyoko In Hotel. Menunggu untuk check-out. Sebelah pagi hotel ni ada breakfast, walaupun simple tapi best. Makan Onigiri (rice ball), roti dan minum kopi O kaw. (Gambar : Hotel Lobby).

(Gambar : hadapan Toyoko Inn Hotel).

Di Lobby Hotel ni terdapat dua set komputer dan satu printer untuk memudahkan pelanggan membuat cetakan peta dari google maps. kalau nak browse internet pun boleh. (Gambar : Hotel Lobby)
Di hadapan Toyoko Inn Hotel terdapat Family Mart dan beroperasi 24 jam. Kat sini jugak boleh didapati onigiri (rice ball) untuk dimakan. Jadi kalau dah bawa sardin ke apa ke boleh la makan dengannya. (Gambar : di hadapan Family Mart).

Dari Korakuen Station ke Harajuku Station. Bercadang ke Harajuku adalah untuk shopping kat Daiso Market di Takeshita Street dan di Oriental Market. (Gambar : di Harajuku Station).



Baru tiba di Harajuku Station, berehat sebentar kerana baru menaiki tangga dari subway station. (Gambar : hadapan tangga dari Harajuku Station).
(Gambar : Takeshita Street)

Dari Harajuku ke Shibuya dan kat sini memang ramai orang bergerak ke sana-sini. Nampak agak sibuk. (Gambar : hadapan Shibuya Station).

Dari Shibuya Station terus ke Shinagawa Station untuk ke Haneda International Airport.(Gambar : hadapan Shibuya Station)

Sampai dah kat Haneda International Airport, dan terasa nak balik. Berbelah bagi rasa sayang nak tinggalkan Jepun pun ada, rasa rindu Malaysia pun ada. (Gambar : Haneda International Airport).

(Gambar : Haneda International Airport).


Ronda-ronda dalam airport terjumpa kedai ni, banyak gak barangnya tapi mahal la sikit harganya. (Gambar : hadapan kedai Hello Kitty kat Airport).


 26 Januari 2013

Akhirnya sampai juga kat Malaysia, terus ambil bas dari LCCT ke Salak Tinggi dan ambil train ke Putrajaya Central. (Gambar : tunggu KLIA Transit kat Salak Tingi Station).

Sampai kat Putrajaya Central, naik bas ke rumah kawan untuk ambil kenderaan seterusnya balik ke Terengganu. Sayonara mata aimashoo. Bye-bye.

1 ulasan:

  1. Wah bestnya dapat kenak negara org..bila boleh g skali nih...

    BalasPadam