16 Februari 2012

MEMORI TOKYO 2009

PENGALAMAN PERTAMA KALI KE TOKYO, JAPAN.

Hari pertama sampai... setelah sejam lebih menaiki kereta api dari Lapangan Terbang Narita ke Korakuen. Walaupun banyak keretapi dan pelbagai laluan namun ianya mudah saja sekiranya kita dah study peta lokasi. Di stesen keretapi juga terdapat banyak maklumat yang berguna untuk perjalanan dan seandainya susah sangat, jangan segan untuk bertanya.





Hari kedua... perjalanan ke Yotsuya. Dari Korakuen ke Yotsuya dengan menaiki keretapi di Stesen Kasuga. Hari pertama melapor diri kursus di JASIC.
Hari ketiga... mencari makanan halal, jumpa Beck's Coffee Shop ni. Kena mengaku vegetarian jer la nampaknya. Makan sandwich.
Sebelah malam... bersantai di hadapan Tokyo Dome. Besar juga stadium tertutup ni. Orang agak ramai malam ni kerana ada perlawanan softball kat dalam.
Hari keempat... lepak-lepak kat taman setelah penat berkursus di Rokubancho, Chiyoda-ku.Terjumpa dengan Pak Long dan Mak Long ni. Siap possing tu.
Hari ketujuh... terjumpa motosikal ni. Masih elok dan nampak baru lagi. Vespa pun masih cantik lagi.
Hari kesembilan... Dynamo Test, susah gak...
Hari kesepuluh... sempat berpossing dengan Mat Motor kat R&R Ranzan.
Hari kesebelas... bergambar kenangan setelah selesai buat Country Report kat Yotsuya.

Hari kedua belas... bergambar di hadapan Central Goverment Building No. 2 sebelum Majlis Penutup di
Ministry of Land, Infrastructure, Transport and Tourism
2-1-3 Kasumigaseki, Chiyoda-ku, Tokyo.

Hari terakhir... nak balik dah. Lepak kat Lapangan Terbang Narita tunggu waktu penerbangan balik. SAYONARA MATA AIMASHO. (GOOD BYE).






1 ulasan: